#8

"hey ho lets go
hey ho lets go"
berulang kali deringan simfonik alarm
suara jane di talian.
dia menanyakan "bila aku akan bahagia?"
satu pertanyaan drastik yang hanya mampu dijawab
oleh tuhan.
sambil membakar sejoint aku menjawab.
"bahagia itu mungkin datang pada masa hadapan"
 di ganggang itu aku seolah melihat dia
tersenyum dengan jawapan sial
tenang aku.

" picisan senyum di balik bayang.
bayang di balik asap.
cigar dan bibir begitu dekat.
sepertinya mahu menghabiskan
sisa sisa masa hanya
bersama rindu.
persis jeket hitam dan
mawar merah."

"puisi itu sepertinya aku tahu kau sedang
apa jack sayang"
"aku mahu sedikit"pinta jane.
 wahai jane
kau tak perlukan itu
"cinta itu bukan drug.
drug itu aku.
biar aku hembuskan asap asap rindu
sehingga kau overdose
marilah.".

dengan adanya suara
maka mulalah adegan romansa malam

3 comments:

  1. nais!

    tapi aku sikit terganggu dengan penceritaan sebegini (stanza/puisi). kalau diperenggankan lagi cantik. psst, pandapat aku saja.

    aku suka header korang. (Y)

    ReplyDelete