#9 Friday, Im In Love

Jumaat,
1030am

ketika orang ramai sedang melegasikan keadaan literal untuk sebuah kehidupan yang nampaknya lebih normal dengan mengantung bendera bendera tuhan-haram-jadah mereka yang entah datang dari kilang mana, aku kehilangan cahaya matahari untuk berjalan ke destinasi yang sepatutnya telah diaturkan oleh 'tuhan' aku terlebih dahulu.

dan ketika itulah 'wind of change' membuktikan kehadirannya, just like a magic theory. ada perempuan. datang dari kesamaran hitam. perlahan, dan terlalu perlahan dia mendekatkan jaraknya dengan aku. wehhhh...

"ada perempuan, yang datang ketika aku lost?!"

aku menjerit. dan sebenarnya aku cuma mahu menjerit dalam hati, but its not easy, ianya terpacul dengan sendiri seperti ada penghalang yang tak membenarkan aku menyimpan keterujaan tahap dewa semesta ni di dalam hati. perlu kau tahu perempuan, aku seperti ditelanjangi dihadapan kamu gara gara kesilapan etikaku ini.

perempuan itu cuma tersenyum...

senyum....
senyum....
dan
senyum....

sebelum aku dibunuh dengan senyuman itu, aku minta dia cover-kan lagu the cure, dan upload di youtube. ternyata, teori aku tentang senyuman yang bisa membunuh itu tepat, dan aku hilang.

"oh friday, im in love..."

1 comment:

  1. aku still mengunyah satu persatu tulisan kamu.akan terus di sini :)

    ReplyDelete