#10 Moord

"Mainkan sahaja musiknya berulang kali..."

Vokalisnya sudah mempersiapkan vokalnya
Gitarisnya pula sudah cuba menjaga not-2 stringnya
dan dimana seorang bassist tanpa baju sedang cuba mengawal volum bassnya.


dimana drummernya?

Sedang mereka khayal, duduk mereka di hadapan seorang lelaki genit dalam lingkungan 20an. Bersertanya stick drum yang berdarah. Pekat merahnya. Meleleh. 

"Kemana sahaja engkau Kamil?" Amar seorang mat punk memulakan perbualan.

"Ini kerja aku, buat apa kau mahu tahu?!" Kamil membalasnya keras

"Celaka apakah ini mahu engkau berkelahi berdua?" Suara Lucy samar-2 dari sudut tepi.

Tanpa dibalas dan dipanjangkan perbualannya, Kamil terus pergi. Dicampaknya satu nota kecil dihadapan mereka.

Perlahan-2 dibuka Soni lalu membacanya.

Tertulis kata maaf dan,

"Sakinat nirmala sirna pergi; 
tak ada lagi, 
mati, 
sendiri, 
meratapi, 
menangisi 
dan semua tahu itu sepi?"

...

Dibayarnya coke itu dan Kamil duduk di tepi jalan.

"Harapnya kalian tahu kenapa aku membunuhnya. Aku hanya cintakan dia dan mahu dia mainkan musiknya berulang kali. Itu." kata Kamil lalu dia turut sama rebah.



Sigur Ros-Ekki Mukk

No comments:

Post a Comment