#13

seperti malam malam kemarin, aku si pemabuk kopi berinteraksi hingga ke utopia mimpi. dan mahu bersetubuh dengan kata dan kertas serta cigar-cigar yang kelat yang jahat membunuh paru dengan pantasnya.

kelihatan aku menjual jiwa kepada pencandu nakorba kata.
untuk sampaikan kepada kamu.
kamu yang sempurna sehingga aku tidak dapat bertentang mata.
kamu seperti angel. Nur si pelindung aku.
akan aku bunuh bidadari penggoda.
kamu adalah genggaman hangat aku.
ya; aku si aneh
si perayap kata.

cuma malam ini. andai bulan kelabu lagi.
dan hati kamu bertukar latam.
aku masih mahu jadi batu dalam hati itu.




No comments:

Post a Comment